Martin Odegaard Pemain Termuda Beraksi Di Pusingan Kelayakan Euro 2016

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 7:20 AM

Martin Odegaard

(Ubah saiz teks)

MARTIN Odegaard, yang berumur 16 tahun dan 101 hari, menjadi pemain termuda yang beraksi di pusingan kelayakan kejohanan Eropah apabila dia turun ke padang bermain untuk Norway menentang Croatia dalam Kumpulan H, Sabtu.

Pemain tengah itu bagaimanapun tidak dapat menghalang pasukannya daripada mengalami kekalahan 5-1.

Odegaard, yang bermain untuk pasukan pasukan B Real Madrid, sebelum ini menjadi pemain termuda di peringkat kelayakan Euro apabila dia diturunkan sebagai pemain gantian menentang Bulgaria pada usia 15 tahun dan 300 hari.

"Prestasi saya adalah baik tetapi sukar untuk memikirkan apa-apa selain daripada kekalahan 5-1," katanya kepada pemberita.

"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi mereka menjaringkan gol dengan peluang pertama mereka dan ia telah berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan.

"Saya rasa kita boleh melihat beberapa perkara melalui perlawanan ini di sini."

Norway berada di tangga ketiga dengan sembilan mata daripada lima perlawanan, di belakang Itali (10) dan Croatia (13).

Tags / Kata Kunci: Martin Odegaard , Euro 2016

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan