England Belasah Lithuania 4-0

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 7:46 AM

Keane (kiri) menjaringkan gol pertamanya untuk England.

(Ubah saiz teks)

HARRY Keane menjaringkan gol pertamanya untuk England selepas diturunkan dari bangku simpanan oleh pengurus Roy Hodgson yang menyaksikan pasukan itu menang 4-0 ke atas Lithuania pada aksi kelayakan Euro 2016 di Wembley, awal pagi Sabtu.

Tiga lagi gol dijaringkan oleh Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Raheem Sterling.

Rooney terlepas jaringan seawal minit keempat selepas percubaannya terkena palang.

Penyerang sensasi Manchester United itu bangkit memecah kebuntuan dua minit kemudian.

Welbeck meletakkan kedudukan 2-0 sebelum tamat babak pertama.

England sukar digugat apabila Sterling menggandakan gol ketiga pada minit ke-58. 

Ia merupakan gol pertama Sterling untuk aksi antarabangsanya.

Keane meletakkan England di kedudukan selesa apabila melengkapkan gol keempat selepas menggantikan Rooney pada minit ke-71.

Barisan pemain:


ENGLAND:
Hart, Clyne, Cahill, Jones, Baines, Henderson, Carrick, Delph, Sterling, Welbeck, Rooney. Pemain gantian: Smalling, Butland, Walcott, Jagielka, Milner, Townsend, Kane, Mason, Barkley, Gibbs, Walker, Green. 

LITHUANIA: Arlauskis, Zaliukas, Freidgeimas, Kijanskas, Mikuckis, Cernych, Andriuskevicius, Chvedukas, Zulpa, Mikoliunas, Matulevicius. Pemain gantian: Vicius, Vaitkunas, Sirgedas, Kazlauskas, Zubas, Luksa, Beniusis, Slavickas, Panka, Stankevicius, Borovskis, Cerniauskas.
Tags / Kata Kunci: Harry Keane , England , Kelayakan Euro 2016

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan