Kelayakan AFC B23: Razip Tagih Kemenangan Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 7:06 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih Bawah 22 Tahun negara, Razip Ismail mengakui kemenangan pertama amat penting bagi memastikan semangat pemain-pemain tidak goyang.

Skuad muda negara bakal berdepan dengan  pasukan Vietnam pada aksi pembukaan Kumpulan I pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B23) 2016 di Stadium Shah Alam, pada Jumaat.

Pengendali berusia 52 tahun itu menegaskan, kemenangan sulung dalam kempen kelayakan tersebut mampu melonjakkan motivasi pemain muda negara dalam memburu slot pusingan akhir kejohanan di Qatar, Januari tahun depan.

"Walaupun cuba untuk menang pada aksi pertama ini, kita tidak memandang mudah perlawanan ini kerana sedar Vietnam adalah salah satu pasukan yang kuat malah mereka juga berhajat untuk ke pusingan akhir kejohanan.

"Bagi saya, tiga mata pertama adalah penting sebagai semangat sebelum ke perlawanan seterusnya,” katanya kepada mstar Online.

Razip berkata semua pemain berada dalam keadaan baik dan bersedia selepas menjalani latihan insentif serta sekembalinya daripada dua aksi persahabatan sebelum ini bersama pasukan B-20 dan B-22 Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon minggu lalu.

Dalam tempoh lima hari 27-31 Mac ini, skuad Malaysia berdepan dengan tiga aksi penting bermula dengan Vietnam (27 Mac), Macau (29 Mac) dan Jepun (31 Mac).

Selain itu, ketua jurulatih Vietnam, Toshiya Miura, mahu mencatat kemenangan pertama ini selain menyimpan hasrat untuk menebuskan kekecewaan skuad senior negara itu di tangan skuad kebangsaan Malaysia pada kempen separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014.

"Perlawanan pembukaan di sini adalah penting untuk menyuntik semangat pemain. Saya perlu mengakui semua pasukan lawan dalam kumpulan ini agak sukar dan berharap pemain-pemain saya dapat menunjukkan persembahan yang baik," katanya.

Setiap setiap kumpulan (10 kumpulan) dan lima pasukan naib juara akan mara ke pusingan akhir tahun depan.


Tags / Kata Kunci: Bawah 23 , Razip Ismail

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan