Fraser Froster 'Rehat' Setahun

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 3:14 PM

Fraser Froster tidak akan menandatangani kontrak baharu dengan Real Madrid.

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Southampton, Fraser Forster akan terlepas baki perlawanan musim ini akibat kecederaan lutut yang dialaminya hingga terpaksa menjalani pembedahan.

Forster, 27, terpaksa diusung keluar padang setelah berlanggar dengan pemain Burnley, Sam Vokes pada perlawanan yang berlangsung di Stadium St. Mary, hujung minggu lalu.

Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan menunjukkan kecederaan lutut kirinya dianggarkan mengambil masa hampir setahun untuk pulih sepenuhnya.

Berikutan kecederaan itu, penjaga gol veteran Southampton, Kelvin Davis akan menggalas tugas menjaga gawang pasukannya sepanjang musim ini yang berbaki lapan perlawanan untuk meneruskan perjuangan mereka bagi merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

"Fraser merupakan penjaga gol yang hebat dan telah menjadi sebahagian besar kepada kejayaan kami musim ini.

"Situasi ini amat mencabar tetapi kami harap beliau akan cepat pulih dan saya pasti dia akan menjadi pemain yang penting untuk kelab dan negara apabila pulih sepenuhnya," kata Pengarah Eksekutif Southampton, Les Reed.

Kata Reed lagi, pasukan percaya Kelvin akan beraksi cemerlang selepas menggantikan Fraser dan masih mampu menunjukkan prestasi terbaik berdasarkan pengalaman.



Tags / Kata Kunci: Fraser Froster , Southampton , Sam Vokes , Burnley

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan