Pijak De Gea: FA Hukum Martin Skrtel

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 10:27 AM

Insiden di mana Skrtel memijak De Gea apabila penjaga gol berkenaan dalam perlawanan hujung minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Liverpool, Martin Skrtel dihukum pihak Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) atas perlakuan kasarnya memijak penjaga gol, David De Gea semasa kekalahan 2-1 kepada Manchester United.

Pemain kelahiran Slovakia itu mengejar bola dalam kawasan gol United pada saat akhir sebelum perlawanan tamat dan bertindak memijak De Gea apabila penjaga gol itu menangkap bola tersebut.

Pengadil Martin Atkinson tidak mengambil tindakan atas kekasaran tersebut, sebaliknya menamatkan perlawanan tetapi pihak FA telah memeriksa semula insiden itu dan mengambil tindakan terhadap Skrtel.

Ia merupakan kekasaran yang sama dilakukan oleh kapten Liverpool, Steven Gerrard yang dilayangkan kad merah selepas memijak pemain tengah United, Ander Herrera.

Jika panel penilai FA mendapati Skrtel bersalah, pemain itu akan terlepas sekurang-kurangnya tiga perlawanan penting, termasuk jika rayuan yang dikemukakan pasukannya ditolak.

The Reds akan menentang Arsenal dan bertemu semula Blackburn dalam perlawanan ulangan suku akhir Piala FA.

Pasukan kendalian Brendan Rodgers itu kini berada lima mata di belakang United dalam cabaran untuk menduduki empat tempat teratas dan perlawanan menentang Arsenal penting untuk menghidupkan peluang bagi mendapat tempat di Liga Juara Juara musim depan.

Tags / Kata Kunci: Martin Skrtel , FA , David De Gea

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan