Pemain Timor Leste Hampir Sah Milik T'Ganu

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 9:01 PM

Jaime Braganca.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemain dari Timor Leste Jaime Braganca hampir sah menjadi milik Terengganu dalam usaha mempertajamkan lagi jentera serangan pasukan itu dalam saingan liga bola sepak negara musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid yang mengumumkan perkara itu berkata Braganca akan menggantikan pemain import kelahiran Lubnan, Hassan Chaito yang ditamatkan kontrak ekoran kecederaan jangka panjang.

Bagaimanapun, beliau berkata pemain berusia 31 tahun kelahiran Portugal itu ketika ini belum lagi menandatangani kontrak bersama Skuad Penyu disebabkan terdapat masalah teknikal dalam penyediaan dokumen kontrak dan akan dipercepatkan sebelum pintu perpindahan pemain kembali dibuka pada April ini.

"Kita harap dengan kehadiran pemain ini (Braganca), pasukan Terengganu akan bertambah mantap dan hebat lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco PBSNT di sini Selasa.

Wan Mohd Nizam berkata pihaknya bersetuju mengambil pemain itu setelah mendapat laporan penuh prestasinya daripada jurulatih Abdul Rahman Ibrahim dan juga pengurus pasukan.

Beliau berkata pemain itu mungkin akan beraksi ketika Terengganu bertemu Kelantan di sini pada 4 April dan peringkat suku akhir Piala FA menentang Perak pada 7 April.

Sejak permulaan saingan liga, Terengganu hanya menggunakan tiga pemain import iaitu Paulo Rangel, Gustavo Lopez dan Vincent Bikana setelah Chaito mendapat kecederaan selepas bermain dalam dua aksi persahabatan pra-musim.
Tags / Kata Kunci: Timor Leste , Jaime Braganca , Terengganu

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan