La Liga: Luis Suarez Bantu Barcelona Tundukkan Real Madrid

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 8:05 AM

Aksi Luis Suarez selepas berjaya membantu pasukannya menewaskan Real Madrid, awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA telah mengambil satu langkah besar ke arah merebut gelaran takhta Liga Sepanyol apabila Luis Suarez membantu menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid dalam perlawanan awal pagi Isnin.


Kemenangan ini membolehkan pasukan di bawah kendalian Luis Enrique mendapat empat mata di Los Blancos dalam saingan merebut gelaran tertinggi bola sepak Sepanyol.

Sementara itu prestasi Real terus merosot sejak awal tahun ini, setelah mengalami tiga kekalahan terakhir mereka dalam empat perlawanan.

Setelah Sergio Busquets mengalami kecederaan, Enrique meletakkan ketiga-tiga pemain tengahnya iaitu Andres Iniesta, Ivan Rakitic dan Javier Mascherano untuk bergandingan dengan Lionel Messi, Neymar dan Suarez di barisan hadapan.

Tetapi, yang terlebih dahulu membolosi gawang Real datangnya daripada pemain pertahanan, apabila Jeremy Mathieu menanduk masuk sepakan percuma yang diambil oleh Messi pada minit ke-19, meletakkan Barcelona di hadapan dengan kedudukan 1-0.

Pasukan lawan bagaimanapun tidak mahu terus ketinggalan apabila pada minit ke-31, Cristiano Ronaldo, meleret masuk bola yang dihantar oleh Karim Benzema betul-betul di bahagian hadapan pintu gol.

Walau bagaimanapun, pada babak kedua, trio penyerang Real terus menerima serangan daripada Barcelona.

Barcelona terus menguasai perlawanan apabila Luis Suarez, pada minit ke-56 menyepak masuk gol kemenangan menerusi hantaran jauh oleh rakannya, Dani Alves.


Tags / Kata Kunci: La Liga , Luis Suarez

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan