FAM Rancang Sistem Pengadil Semi Profesional Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 8:26 PM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas majlis perasmian Seminar Pengadil Bola Sepak FAM-FIFA pada Isnin.
Turut hadir Ketua Pengadil FIFA, Massimo Busacca (tengah).

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  merancang untuk memperkenalkan sistem pengadil semi profesional tahun depan bagi menarik golongan muda menjadi bidang itu sebagai satu kerjaya.

Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata satu kertas kerja lengkap akan dibuat dengan mendapat pandangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum melaksanakan sistem itu.

"Seperti mana kerjaya pemain bola sepak yang semakin mendapat perhatian, kita juga ingin mewujudkan atmosfera sebegini dalam dunia pengadilan,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengadil Bola Sepak FAM-FIFA pada Isnin.

Seminar empat hari, yang disertai oleh 50 pengadil, turut dihadiri Ketua Pengadil FIFA, Massimo Busacca dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Goh Ah Chai.

Tengku Abdullah berharap menerusi sistem pengadil semi profesional itu, banyak pengadil dari negara ini dapat mengadili perlawanan di peringkatant arabangsa termasuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.

Sementara itu, Massimo turut mengharapkan masyarakat akan menghormati kerjaya pengadil kerana tiada manusia yang sempurna daripada melakukan kesilapan.

"Tidak siapa yang tidak pernah lakukan kesilapan, namun ia perlu dikurangkan dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Beliau berkata FIFA turut mengharapkan pengadil dari Asia dapat meningkatkan tahap pencapaian mutu pengadilan dengan lebih baik.

Tags / Kata Kunci: FAM , Pengadil

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan