Utamakan Pemain Tempatan Dalam Skuad Kebangsaan - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 9:41 PM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh berhati-hati dalam membuat pemilihan pemain naturalisasi.

Bagaimanapun, baginda bertitah lebih keutamaan perlu diberikan kepada pemain tempatan yang sedia ada untuk menyertai skuad kebangsaan dan tidak mengambil pemain naturalisasi semata-mata untuk memenuhi kuota sahaja.

"Prestasi mereka perlu lebih bagus daripada pemain tempatan sedia ada. Saya bukan jurulatih tetapi jika Dollah berkata demikian (mengenai pemain naturalisasi) ia adalah rasional, tetapi saya rasa kita kena beri peluang kepada pemain tempatan terlebih dulu," titah baginda kepada pemberita pada Ahad.

Sebelum ini, Dollah dilaporkan bersikap terbuka untuk menggunakan khidmat pemain naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan walaupun pendekatan itu mungkin mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Dollah berkata, beliau tidak menghalang sebarang cadangan untuk mengambil pemain luar negara menyarung jersi kebangsaan asalkan dilakukan mengikut undang-undang.

Sementara itu, Tengku Abdullah berharap Dollah dapat memperbaiki kelemahan skuad kebangsaan yang akan menentang Oman pada perlawanan persahabatan kelas A di Stadium Seeb Sports, Oman, pada 26 Mac ini.

"Saya dah beritahu Dollah supaya dia mesti lakukan sedikit perubahan dalam pasukan. Sekiranya beliau dapat memperbaiki prestasi dan kelemahan yang ditunjukkan oleh pasukan pada Piala AFF Suzuki yang lepas, itu bagus," titah baginda.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan