David De Gea Tolak Tandatangani Perjanjian Baharu Dengan United

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 11:07 AM

David de Gea

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol dari Sepanyol, David De Gea menolak untuk menandatangani perjanjian baharu di Old Trafford dan akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini. 

Manchester United sedang menghadapi 'senario terburuk' apabila De Gea enggan menyambung kontrak baharu.

United kini bimbang akan kehilangan penjaga gol berusia 24 tahun itu jika dia tidak lagi beraksi pada musim panas ini. 

Isu kontrak De Gea dilihat sebagai satu detik mendebarkan buat Manchester United dalam perancangan masa depan.

Menurut sumber dalaman United, isu tersebut menjadi senario terburuk yang dialami kelab itu.

"Tidak ada sebarang petunjuk bahawa De Gea akan menandatangani kontrak baharu dan dalam masa yang sama keputusan itu akan dibuatnya tidak lama lagi.

"Apabila kontrak pemain itu memasuki 12 hingga 18 bulan terakhir, nilai pemain mula turun dengan mendadak.

"Ada yang mengatakan De Gea bernilai £50 juta, tetapi itu tidak realistik memandangkan beliau hanya akan menandatangani dengan satu kelab sahaja."

Minat Real Madrid terhadap pemain itu membuatkan United cuba untuk mendapatkan bekas penjaga gol Atletico Madrid bagi lanjutan jangka panjang.

Pada Disember lalu, Sunday Mirror Sport mendedahkan United akan membuat taruhan kepada De Gea sebagai penjaga gol negara itu bagi liga juara-juara Eropah.
Tags / Kata Kunci: David De Gea , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan