Eddie Howe Diintai Jadi Pengurus West Ham

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 11:11 AM

Eddie Howe.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Bournemouth, Eddie Howe dilaporkan bersaing untuk menggantikan Sam Allardyce sebagai pengurus West Ham United pada musim panas ini.

Howe membantu membawa kelab Bournemouth menduduki tempat ketiga dalam liga Kejuaraan, sekali gus mempromosikan beliau merebut jawatan itu.

Pada masa ini, kontrak Allardyce akan berakhir pada musim ini dan masih belum ada rundingan mengenai perjanjian baharu untuk melanjutkan khidmatnya.

Bagaimanapun, Sunderland memilih beliau sebagai pilihan nombor satu mereka untuk menggantikan pengurus sementara Dick Advocaat yang baharu sahaja dilantik sehingga akhir musim berikutan pemecatan Gus Poyet.

West Ham juga sudah lama mengintai untuk mendapat David Moyes sejak dahulu, tetapi bekas pengurus Manchester United sudah pun diambil oleh Real Sociedad pada musim luruh yang lalu.

Moyes dikatakan memberi petunjuk bahawa beliau akan terus kekal berada di dalam kelab di Sepanyol itu pada musim berikutnya sekiranya diperlukan lagi pada musim panas ini. 

Jika Moyes masih terus kekal bersama Roel Sociedad, nampaknya West Ham perlu mendapatkan khidmat Howe yang mempamerkan khidmat yang cemerlang di Dean Court. 

Tags / Kata Kunci: Eddie Howe , Bournemouth , West Ham

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan