Frenz United: Skuad Balachandran Cari Pengalaman Di Jepun

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebagai persiapan menjelang Kejuaraan Trofi Asia (ACT) pada Jun ini, Akademi Bolasepak Frenz United mula mengatur perancangan melakukan persiapan awal termasuk menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Bagi memantapkan aksi Frenz United, skuad kendalian S.Balachandran akan bertapa di Jepun bagi menyertai kejohanan Cabaran Liga Jepun B16 di Kashima bermula 22 hingga 25 Mac ini.

Penyertaan tersebut atas jemputan oleh Liga Jepun selepas beberapa usahama telah dijalankan kedua-dua pihak termasuk membawa masuk dua pasukan dari Jepun, Kashima Antlers dan Gamba Osaka pada kejohanan Frenz International Cup (FIC) 2015, Januari lalu.

Liga Jepun B16 ini merupakan antara kejohanan bawah umur terpenting Jepun yang disertai kelab-kelab menerusi pasukan akademi di sana.

Pada edisi kali ini, buat pertama kalinya tiga pasukan luar dari Jepun telah dijemput termasuk Frenz United yang akan diwakili skuad bawah 17 tahun kendalian bekas jurulatih muda kebangsaan ini.

Balachandran menganggap kejohanan ini peluang terbaik buat pasukannya untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin.

“Kita sedia maklum dengan tahap bolasepak Jepun yang lebih jauh ke hadapan berbanding dengan bola sepak kita. 

"Pembangunan bola sepak di sana juga sangat teratur. Buktinya, pemain-pemain muda mereka mempunyai kemahiran teknikal yang cukup baik.

“Menentang akademi-akademi terbaik dari Jepun ini pastinya tugas yang sukar namun bagi saya, ini pendedahan yang sangat berguna buat para pemain muda Frenz United,” jelasnya.

Frenz United akan berlepas ke Jepun pada 20 Mac dan membuat latihan di sana selama dua hari sebelum aksi pertama bertemu Avispa Fukuoka pada 23 Mac.

Seterusnya, mereka akan menentang Tokyo Verdy dan Kashima Antlers (24 Mac). 

Pada hari terakhir kejohanan, mereka akan berdepan dengan pasukan Blaublitz Akit.

Selain itu, sebaik sahaja aksi di Kashima itu berakhir, skuad Bala bakal menerima kunjungan daripada pasukan akademi Persatuan Bolasepak Tokyo pada 26 Mac di Akademi Bola Sepak Frenz United di Janda Baik selama tiga dan turut diselitkan dengan perlawanan persahabatan melibatkan pemain-pemain Bawah 15 dan 17 tahun Frenz United.

Tags / Kata Kunci: Frenz United , S. Balachandran

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan