Dick Advocaat Dilantik Pengurus Sunderland?

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

SUNDERLAND dijangka akan memperkenalkan Dick Advocaat sebagai jurulatih baharu pasukan itu pada Selasa, selepas media Belanda mendakwa kontrak mengenai pelantikan itu telah ditandatangani.

Jurulatih kelahiran Belanda berusia 67 tahun itu didakwa telah mempersetujui tawaran kontrak termasuk memastikan Sunderland dapat kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Advocaat bakal mengambil alih jawatan Gus Poyet yang dipecat pada Isnin selepas skuad bimbingannya tewas 4-0 kepada Aston Villa baru-baru ini.

Selain itu media turut mendedahkan bahawa, Advocaat akan memulakan latihan bersama Sunderland pada pagi Rabu sebagai persiapan menempuh perlawanan terdekat.

"Saya masih di hotel yang gelap, tetapi bakal mula bekerja di stadium yang dipenuhi lampu," kata Advocaat kepada sebuah akhbar sukan.

Tags / Kata Kunci: Sunderland , Dick Advocaat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan