Alex Ferguson Pujuk Cristiano Ronaldo Pulang Ke Manchester United

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

KHABAR angin mengenai kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United tidak pernah henti dan terbaharu sebuah akhbar di Madrid mendedahkan gosip terkini.

Seorang kolumnis akhbar, Javier Matallanas mendedahkan Sir Alex Ferguson berada di Bernabeu pada Selasa minggu lalu ketika Real Madrid menerima kunjungan Schalke dalam aksi Liga Juara-juara Eropah.

Ferguson dilapor telah mengadakan jamuan makan malam dengan Ronaldo selepas perlawanan tersebut yang telah diatur oleh ejen pemain terbabit, Jorge Mendes.

Dalam pertemuan yang diarahkan oleh Manchester United itu, Ferguson didakwa telah cuba memujuk Ronaldo untuk pulang ke Manchester.

Bagaimanapun persoalan yang timbul mengenai kepulangan Ronaldo bukan berkenaan kemahuan pemain itu tetapi kontrak yang telah diperbaharui oleh Real Madrid.

Kelab gergasi Sepanyol berkenaan dikatakan enggan menjual Ronaldo walaupun mendapat tawaran yang menarik daripada United. 

Tags / Kata Kunci: Manchester Unite , Alex Ferguson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan