Dua Gol Messi Bawa Barcelona Jauh Tinggalkan Real Madrid

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 7:45 AM

Lionel Messi (tengah) melakukan jaringan kedua dalam perlawanan La Liga Sepanyol antara Barcelona dan Eibar di Stadium Ipurua di Eibar, Sepanyol. EPA

(Ubah saiz teks)

DUA gol Lionel Messi yang membawa kemenangan Barcelona ke atas Eibar dengan 2-0 menjadikan pasukan itu terus ke hadapan menerusi empat mata jauh meninggalkan Real Madrid dalam kedudukan teratas La Liga Sepanyol.

Pemain kelahiran Argentina itu mencatatkan dua jaringan, masing-masing pada minit ke-31 dan ke-55.

Barcelona berjaya meneruskan prestasi positif mereka walaupun menurunkan ramai pemain pelapis untuk bertemu Eibar dalam perlawanan La Liga Sepanyol.

Bagaimanapun, trio Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez tetap bermain dan kembali menjadi penentu kemenangan buat Barcelona.

Pasukan itu menurunkan para pemain yang jarang ditampilkan seperti Adriano Correia, Marc Bartra, Martin Montoya, Sergi Roberto dan Rafinha Alcantara. 

Namun kejutan ini tidak mencetuskan perubahan dalam serangan mereka bagi menghadapi perlawanan penting menerusi pertemuannya dengan Manchester City pada pusingan ke-16 dalam Liga Juara-juara Eropah.

Pilihan pengurus Barcelona, Luis Enrique ternyata amat tepat kerana salah seorang daripada penyerangnya menjadi jaguh permainan yang membawa kemenangan ke atas Eibar. 

Messi mempamerkan dua gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-31 dan memanfaatkan umpan sepakan Ivan Rakitic pada minit ke-55.

Tiga mata ini membawa Barcelona meninggalkan Real Madrid di belakang dengan perbezaan empat mata.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Real Madrid , Lionel Messi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan