Felda United Tawan Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda United FC mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila mengejutkan pasukan Kelantan dengan kemenangan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Sabtu.

Gol kemenangan Felda United dijaringkan oleh penyerang import dari Liberia, Edward Wilson pada minit ke-60 untuk mengecewakan skuad 'The Red Warriors' yang kini turun ke tangga ketujuh liga.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula bangkit dari ketinggalan 0-1 kepada Perak untuk menang 3-1 di Stadium Perak, Ipoh, sekali gus meraih tempat kedua liga di bawah Felda United.

Pasukan tuan rumah mendapat jaringan pada awal babak kedua perlawanan menerusi Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-46, namun penyerang import Mali menjadi wira skuad 'The Cops' apabila menjaringkan gol pada minit ke-47 dan ke-60, selain gol daripada Ahmad Ezrie pada minit ke-55 untuk mengesahkan tiga mata penuh kepada pasukan pelawat.

Perlawanan kali ini dicemari dengan insiden kad merah, apabila pengadil perlawanan Samsuddin Ibrahim mengarahkan pemain Perak, Syazwan Roslan keluar padang kerana mengasari pemain PDRM, Ashfaq Ali pada minit ke-57.

Di Stadium Shah Alam pula, pasukan Selangor menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mencatatkan kemenangan 2-0 keatas pasukan Sarawak menerusi jaringan Afiq Azmi pada minit ke-10 dan Fitri Syazwan pada minit ke-77.

Pasukan tercorot liga, Sime Darby FC pula mengecewakan juara musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila keputusan terikat 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sime Darby membuka jaringan melalui Nazrul Kamarulzaman pada minit ke-35, namun Junior Eldstal menyelamatkan skuad 'Harimau Selatan' daripada kekalahan menerusi jaringan pada minit ke-61.

Pasukan Lions XII juga gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 dengan pasukan Terengganu di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Pasukan pelawat bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit kesembilan melalui pemain import, Vincent Bikana, namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Faris Ramli pada minit ke-55.

Sementara itu, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menang tipis 1-0 keatas pasukan Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam pada minit ke-71.

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan