Sabah Lonjak Ke Persada Liga Perdana, T-Team Lebur Rekod NS

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 7:36 AM

Pemain NS Matrix Irwan Fadzli Idrus (kanan) cuba menanduk bola sambil diasak pemain T-Team, Farhod Tadjiev dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Jumaat malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sabah melonjak ke persada Liga Perdana selepas kemenangan 2-0 ke atas pasukan Kuantan FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Jumaat malam.

Penyerang import dari Libya, Eamon Zaayed menjadi wira pasukan Sabah apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-30 dan 59.

Sabah, yang menghuni tangga keempat sebelum perlawanan itu, kini menduduki tangga teratas liga dengan 12 mata, kelebihan satu mata dengan pencabar terdekat Pulau Pinang.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan kelab T-Team berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Negeri Sembilan dengan kemenangan 5-3.

T-Team mendahului 3-1 pada separuh masa.

Gol T-team dihasilkan oleh Mohd Nor Hakim pada minit keenam dan 60, Sadriddin Abdullaev (23' dan 74') dan Farhod Tadjiev pada minit ke-46.

Negeri Sembilan pula menjaringkan gol menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-26 dan 50 dan Shahrizal Saad pada minit ke-64.

Negeri Sembilan, yang menungguli persada liga sebelum ini, kini jatuh ke tangga keempat dengan 10 mata.

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, pasukan tuan rumah kekal di tangga kedua liga dengan 11 mata selepas seri 3-3 dengan Kedah.

Pulau Pinang meraih jaringan menerusi Faiz Subri pada minit ke-38 dan dua gol oleh Hilton Mauro Moreira pada minit 46' dan 91'.

Kedah pula menghasilkan jaringan menerusi Bang Seung Hwan pada minit keempat dan 89' manakala Baddrol Bakhtiar menghasilkan gol pada minit ke-14.

Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pula mengekalkan kedudukan tangga ketiga liga selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Selangor PKNS di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

JDT II menghasilkan jaringan menerusi pemaiN import Nicholas Delmonte pada minit ke-20 dan Shahril Ishak pada minit ke-73 sebelum PKNS bangkit untuk mengutip satu mata menerusi jaringan Gabriel Guerra pada minit ke-82 dan Farderin Kadir, enam minit kemudian.

Pada perlawanan sebelah petang, DRB-Hicom mencatat kemenangan bergaya dengan menewaskan SPA Putrajaya FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Pemain import DRB-Hicom, Ivan Babic bertindak cemerlang dengan dua jaringan pada mint ke-61 dan 71', Mohd Fakhrullah Rosli pada minit ke-42 dan Hasrul Abu Bakar pada minit ke-83.

Di Stadium Universiti Shah Alam (Uitm), pasukan tuan rumah meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur menerusi jaringan Syed Ariff Syed Muhd Uzir pada minit ke-39.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan