Liga Juara-Juara: Bayern Munich Menang Besar Ke Atas Shakhtar 7-0

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 7:48 AM

Tendangan pemain Bayern Munich, Mario Goetze (kanan, jersi nombor 19) membolosi gawang Shakhtar Donetsk oleh penjaga gol Andriy Pyatov (tengah) pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Munich, awal pagi Khamis. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

BAYERN Munich menang besar ke atas Shakhtar Donetsk dengan 7-0 dalam perlawanan pusingan ke-16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Bayern Munich mara ke suku akhir liga itu.

Hasil jaringan 0-0 pada pertemuan pertama membuatkan Bayern Munich mempunyai misi dalam perlawanan penentuan di Munich. 

Strategi itu dapat dilihat berdasarkan komposisi pemain yang diturunkan oleh pengurus pasukan, Pep Guardiola sejak awal perlawanan dengan Franck Ribery, Arjen Robben, Mario Gotze, Thomas Mueller, Bastian Schweinsteiger dan Robert Lewandowski.

Munich bernasib baik pada awal permainan yang bahary sahaja berlangsung tiga minit. Kesilapan yang dibuat Oleksandr Kucher terhadap Mario Goetze menyebabkan kad merah dilayangkan, sekali gus dikatakan sebagai kad merah paling cepat dilayangkan dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Pengadil memberikan hadiah penalti kepada Bayern Munich yang memberikan jaringan 1-0 yang dihasilkan Thomas Mueller.

Pada minit ke-34, Bayern Munich terus menggandakan kedudukan dengan 2-0 hasil jaringan Jerome Boateng.

Pasukan terus mendominasi pada separuh masa kedua dan kelab gergasi Bundesliga Jerman itu menambah gol pada minit ke-49 daripada Franck Ribery yang memaksimumkan umpan David Alaba.

Tiga jaringan yang mendahului perlawanan itu tidak membuatkan Bayern Munich cukup berpuas hati. 

Sebaliknya, empat lagi gol dicatatkan oleh kelab itu selepas jaringan yang dilakukan oleh Ribery.

Jaringan Thomas Mueller (51'), Holger Badstuber (63'), Robert Lewandowski (75') dan Mario Goetze (87') yang membolosi gawang Shakhtar terus menambahkan mata buat Bayern Munich bagi memastikan kemenangan besar dengan 7-0 dan layak mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Tags / Kata Kunci: Bayern Munich , Shakhtar Donestk

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan