Ronaldo Penjaring Terbanyak Dalam Liga Juara-Juara Eropah - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Penjaring Terbanyak Dalam Liga Juara-Juara Eropah

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 11:06 AM

Ronaldo mencatat gol ke-400 ketika aksi La Liga bertemu Celta Vigo, awal pagi Selasa.

Cristiano Ronaldo.

(Ubah saiz teks)

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain kelahiran Portugal itu menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain lain teruatam selepas dua jaringan yang dihasilkannya pada perlawanan kedua ketika menentang kelab Schalke dalam pusingan ke-16 Liga Juara-juara Eropah. 

Ronaldo menjaringkan dua gol yang ke-77 dan 78 kali dalam liga Eropah dan meletakkan beliau sebagai penjaring gol terbanyak selepas bekas pemain Real Madrid, Raul sebanyak 77 jaringan dan pemain Barcelona, Lionel Messi dengan 76 jaringan. 

Pemain Kebangsaan Portugal tersebut kini mencapai kedudukan yang setaraf dengan musuh ketatnya, Messi dimana jaringan kedua-dua pemain ini mencatatkan rekod Liga Juara-juara Eropah dengan 75 jaringan gol bagi setiap pasukan dalam kejuaraaan termasyhur Eropah.

Sementara itu, Filippo Inzaghi menduduki tempat keempat dengan 70 jaringan diikuti oleh Andriy Shevchenko (67 jaringan), Gerd Muller dan Ruud Van Nistelrooy (62 jaringan), Thierry Henry dan Henrik Larsson (59 jaringan) dan Eusebio (56 jaringan). - dailymail

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan