Welbeck Hantui Van Gaal Dengan Kekalahan Man United

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 7:53 AM

Danny Welbeck (kanan) menghasilkan jaringan kedua buat Arsenal sekali gus mengalahkan Manchester United dan melangkah ke separuh akhir Piala FA dalam perlawanan di Old Trafford di Manchester. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

DANNY Welbeck kembali menghantui Louis Van Gaal apabila pengurus Manchester United itu terpaksa berhadapan dengan kekalahan di Old Trafford dalam perlawanan Piala FA dengan Arsenal menerusi jaringan 1-2.

Welbeck yang merupakan bekas pemain Manchester United membawa Arsenal ke peringkat separuh akhir apabila membuat jaringan pada minit ke-61.

Berdasarkan kesilapan yang dibuat Antonia Valencia, Welbeck berjaya memberikan satu gol . Terdahulu, rakannya Nacho Monreal melakukan jaringan pembukaan pada minit ke-25.

Manchester United hanya memperoleh satu jaringan yang disumbangkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-29.

Kontroversi antara Van Gaal dan Welbeck berikutan pengurus Manchester United itu menjual pemain itu kepada Arsenal pada musim panas yang lepas.

Van Gaal mendakwa Welbeck dijual kepada Arsenal kerana pemain itu tidak setanding dengan keupayaan Wayne Rooney, Robin Van Persie serta Radamel Falcao dalam menjaringkan gol.

Bagaimanapun, Welbeck menunjukkan kepada Van Gaal apakah 'kehilangannya' dalam pasukan itu akibat tindakannya sebelum ini.

Boleh dikatakan kemenangan hasil jaringan Welbeck sebagai 'membalas dendam' di atas penyingkirannya dari Manchester United.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan