Gary Neville Bakal Jurulatih England

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville dilapor sedang digilap untuk menggantikan kedudukan Roy Hodgson sebagai pengurus skuad kebangsaan England selepas ini.

Bekas bintang England, Terry Butcher berpendapat, Neville akan dilantik sebagai jurulatih England selepas kontrak Hodgson tamat pada 2018.

Jelasnya, sementara itu, bekas pemain berpengalaman terbabit akan berperanan membantu Hodgson membawa England ke pusingan akhir Piala Dunia di Rusia.

Butcher yang mempunyai 77 kap bersama skuad kebangsaan England memberitahu," Roy Hodgson sedang menggilap bakat Gary Neville dan dia akan diangkat sebagai jurulatih selepas kontark Hodgson tamat.

"Di Jerman, mereka ada Jurgen Klinsmann dan Joachim Low - dan lihat bagaimana mereka melakukannya. Tetapi di England, tiada pemain yang digilap menjadi jurulatih.

"Masa ini agak awal untuk bercakap mengenai kontrak Hodgson tetapi England perlukan sesuatu yang lebih stabil."




 












Tags / Kata Kunci: England , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan