Alberts Kecewa Aksi Sarawak Berturut-Turut Di Tempat Lawan

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:23 PM

Robert Alberts
(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts melahirkan rasa tidak puas hati kerana pasukannya terpaksa bermain tigaperlawanan berturut-turut di tempat lawan.

Sabtu lepas mereka menentang Johor Darul Takzim (JDT), diikuti Sabtu ini menentang Selangor, menentang PDRM pada 3 April dan Sime Darby pada 11 April.

"Jadual perlawanan ini sukar buat Sarawak. Tiada liga di dunia di mana sebuah pasukan perlu bermain empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan," katanya kepada Bernama.

Beliau turut tidak gembira dengan keputusan pengadil perlawanan ketika menentang JDT pada Sabtu lalu yang menyaksikan mereka kalah 1-2.

Dalam perlawanan itu, pemain import Ivan Fatic terpaksa meninggalkan padang setelah menerima dua kad kuning.

Alberts berkata beliau tidak bersetuju dengan pemberian kad kuning itu yangtidak patut dilakukan, yang turut menyebabkan para pemain Sarawak membantah keputusan tersebut. Beliau juga mendakwa pengadil tidak memberi Sarawak sepakan penalti padasatu ketika yang peluang itu memang tidak boleh dinafikan lagi.

Mengenai perlawanan menentang Selangor nanti, katanya Selangor memang sukar digugat namun beliau tetap optimis dengan keupayaan pemainnya untuk mengalahkan atau sekadar seri dengan pasukan itu.

Sarawak akan bermain tanpa kelibat Ivan, Joseph Kalang Tie dan penjaga gol utama Mohd Iqbal Suhaimi akibat kecederaan.

Tags / Kata Kunci: Robert Alberts , Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan