Zainal Abidin Puas Hati Prestasi Pahang

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 1:59 PM

Pemain Pahang Zeshan Rehman (enam, kanan) meraikan gol pertama hasil tandukan dari sepakan penjuru ketika menentang KL Sime Darby FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur dekat Kuantan, malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tahap permainan yang ditunjukkan Pahang tetap mencapai tahap prestasi yang sepatutnya walaupun tanpa kelibat beberapa pemain utama ketika menentang Sime Darby FC di Stadium Darul Makmur malam Sabtu.

Pengendali skuad Tok Gajah itu Zainal Abidin Hassan berkata, ketiadaan beberapa pemain utama seperti Dickson Nwakaeme dan Azamudin Akil ditambah kelibat Matias Ruben Conti hanya sempat bermain 38 minit tidak menjadi penghalang bagi mereka menunjukkan permainan yang sewajarnya.

"Ini yang saya inginkan supaya pemain dapat bersama memikul tanggungjawab masing-masing sebagai sebuah pasukan walaupun tanpa pemain utama.

"Disiplin permainan yang ditujukkan mereka juga memberi kelebihan walaupun pemain nampak terumbang ambing sedikit akibat kepenatan," katanya kepada pemberita di sini.

Pahang meraih tiga mata penuh selepas mencipta kemenangan 2-0 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC menerusi jaringan Zesh Rehman pada minit ke-45 dan R. Gopinanth (minit ke-55).

Menerusi kemenangan pertama itu, Pahang mengumpul lima mata keseluruhan selepas empat perlawanan.
Tags / Kata Kunci: Zainal Abidin , Pahang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan