Kane Bantu Spurs Benam QPR

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 8:04 AM

Kane meraikan jaringannya.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Harry Kane meledak dua gol untuk membantu Tottenham Hotspur menewaskan Queens Park Rangers 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Loftus Road, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu menghidupkan peluang Spurs yang mahu memburu tiket ke Liga Juara-Juara Eropah.

Spurs kini melonjak ke tangga keenam dengan mengutip 50 mata daripada 28 perlawanan, ketinggalan tiga mata dibelakang pasukan tempat keempat, Manchester United.

Kane membuka jaringan seawal minit ke-34 dan 68.

QPR kemudiannya bangkit menerusi jaringan Sandro pada minit ke-75.

Kekalahan tersebut meletakkan pasukan kendalian pengurus hanya Chris Ramsey itu di tangga ketiga tercorot liga dengan hanya mengumpul 22 mata daripada 28 perlawanan.

Senarai pemain:

QPR: Green; Onuoha, Caulker, Ferdinand, Suk-Young; Philipps, Henry, Sandro, Isla; Zamora, Austin. Pemain gantian: McCarthy, Hill, Furlong, Wright-Phillips, Kranjcar, Greco-Cox, Comley.

TOTTENHAM HOTSPUR: Lloris, Walker, Dier, Vertonghen, Davies; Bentaleb, Mason; Chadli, Eriksen, Townsend; Kane. Pemain gantian: Vorm, Fazio, Rose, Dembele, Lamela, Stambouli, Soldado.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana Inggeris , Spurs , QPR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan