Remaja Real Madrid Pemain Paling Muda Beraksi UCL

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG remaja Real Madrid, Martin Odegaard bakal muncul sebagai pemain paling muda beraksi dalam saingan Liga Juara-juara Eropah jika diturunkan pada perlawanan kedua pusingan kalah mati pada Selasa depan.

Dalam perlawanan pada Selasa ini Real Madrid yang berbekalkan dua gol bakal menentang semula kelab dari Jerman, Schalke.

Odegaard, 16, dilapor bakal memecah rekod bekas pemain Chelsea dan Newcastle, Celestine Babayaro yang mewakili Anderlecht ketika berusia 16 tahun dan 87 hari.

Setakat ini, nama Odegaard telah disenaraikan di kalangan 25 pemain Real Madrid yang akan membantu kelab itu menentang Schalke.

Jika pemain kelahiran Norway itu diturunkan pada perlawanan berkenaan, nilainya bakal meningkat mendadak selain masa depan yang lebih baik.


Tags / Kata Kunci: Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan