Van Gaal Minta Penyokong Man United Sabar Lihat Perkembangan Di Maria

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 7:48 AM

Louis Van Gaal (kiri) dan Angel di Maria.

(Ubah saiz teks)

KEMUNCULAN Angel Di Maria pada musim pertamanya bersama Manchester United sememangnya belum cukup memberangsangkan sebagaimana yang dipamerkannya sewaktu bermain di Real Madrid. 

Bagaimanapun, pengurus pasukan Louis Van Gaal meminta penyokong Manchester United supaya bersabar untuk melihat perkembangan prestasi pemain kelahiran Argentina itu.

Van Gaal berpendapat bahawa musim pertama Di Maria yang tidak pernah bermain dalam Liga Perdana Inggeris sebelum ini sudah tentu bukannya mudah mesikpun pemain berusia 26 tahun itu bergelar bintang dan merupakan antara pemain termahal.

Van Gaal mengatakan bahawa Di Maria bukan satu-satunya pemain yang menghadapi kesukaran di Manchester United. Beliau percaya banyak pemain baharunya turut mengalami kesukaran seperti yang dilalui pemain terbaik liga Kejuaraan musim 2013/14 itu.

"Musim pertama tentunya sukar. Anda akan katakan perkara itu kepada pemain baharu yang kami tampilkan seperti (Luke) Shaw, (Daley) Blind, (Ander) Herrera, (Radamel) Falcao, dan juga Di Maria," kata Van Gaal yang dipetik sebagai berkata dalam Transfermarkt.

"Bagi saya, hal itu bukan satu kejutan. Ia akan menjadi sangat mengejutkan sekiranya saya mampu mengadaptasinya dengan cepat. Di Belanda, Spanyol, dan Jerman, saya memiliki pengalaman yang sama dengan para pemain. Kita harus memberikan mereka waktu, bukan hanya kepadanya sahaja, tetapi juga kepada semua pemain."


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan