Penyerang Palermo Akui Tertarik Untuk Sertai Barcelona

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 8:02 AM

Paulo Dybala. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Palermo, Paulo Dybala yang menunjukkan prestasi cemerlang bersama pasukan itu dikatakan menjadi rebutan banyak kelab gergasi Eropah, termasuk Barcelona.

Malah, pemain berusia 21 tahun itu turut mengakui beliau tertarik untuk menyertai Barcelona.

Dybala mempunyai keinginan untuk bermain bersama Lionel Messi sama ada di Barcelona atau skuad kebangsaan Argentina. 

Hasrat itu membuatkan beliau berani menolak tawaran untuk menyertai skuad kebangsaan Itali.

Bagaimanapun, matlamat utama Dybala adalah untuk bermain dalam perlawanan La Liga Sepanyol tanpa mengira pasukan mana pun.

Pemain kelahiran Argentina ini menyasarkan dirnya bahawa suatu hari nanti beliau akan dapat bermain dalam liga itu.

"Orang-orang di sini (Palermo) sangat ramah, sama seperti di Argentina. Namun, saya bersedia untuk ke Barcelona sekiranya mereka 'memanggil saya'," kata Dybala kepada Radio Belgrano.

"Ini kerana akhirnya saya perlu ke Sepanyol," katanya yang merujuk kepada kemahuan untuk bermain dalam La Liga Sepanyol.


Tags / Kata Kunci: Paulo Dybala , Palermo , Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan