John Terry Berikrar Tak Akan Bermain Untuk Kelab Lain Selain Chelsea

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 4:17 PM

John Terry memegang erat Piala Carling yang mereka menangi Ahad lepas selepas menumpaskan Tottenham Hotspurs 2-0. Kapten Chelsea itu berikrar tidak akan bermain untuk mana-mana kelab lain jika kontraknya tidak disambung semula hujung musim ini.

(Ubah saiz teks)

KAPTEN dan pemain pertahanan Chelsea, John Terry berikrar yang beliau tidak berhasrat bermain untuk mana-mana kelab lain sebaliknya ingin mengakhiri kariernya di kelab tersebut.

Terry seolah-olah memberi isyarat supaya Chelsea menyambung kontraknya selama setahun lagi sebaik sahaja ia tamat menjelang hujung musim ini.

Chelsea sepertimana kelab-kelab gergasi Inggeris yang lain mempunyai polisi tidak menawarkan kontrak melebihi 12 bulan kepada mana-mana pemain yang telah mencapai umur 30 tahun ke atas. Dia kini berusia 34 tahun.

Terry yang bermain cemerlang dan menjaringkan satu gol dalam perlawanan akhir Piala Carling menentang Tottenham Hotspurs Ahad lepas dipuji oleh pelbagai media massa Britain sebagai contoh seorang pemain yang berjuang mati-matian seolah dia mampu bermain bola selama 100 tahun lagi.

"Tetapi jika ini adalah musim terakhir saya bersama Chelsea, maka saya berharap saya akan mengakhiri karier saya dengan cemerlang," ujar Terry merujuk kepada persembahannya pada perlawanan akhir itu yang menyaksikan mereka menang 2-0.

Bagaimanapun Terry menyimpan hasrat untuk terus bermain semusim lagi sebelum memikirkan soal persaraan.

Ditanya apakah beliau berhasrat untuk bermain dengan kelab lain, dia menjawab ringkas, 'tidak'.

Musim ini adalah musim yang ke-17 Terry bermain untuk Chelsea.

Dia telah bermain sebanyak 653 kali mewakili Chelsea sejak 1998, sembilan kali mewakili pasukan kebangsaan England Bawah-21 Tahun dan 78 kali mewakili pasukan kebangsaan.

Chelsea, yang akan bertemu dengan sebuah lagi kelab London, West Ham, Rabu ini adalah peneraju Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan lima mata dari pesaing terdekat mereka, Manchester City dengan baki 12  lagi perlawanan untuk dihabiskan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan