T-Team Jadikan Kemenangan Ke Atas ATM Sebagai Kebangkitan Pasukan

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 5:10 PM

Tomislav Steinbruckner

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: T-Team menyifatkan kemenangan mengejut ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan kedua Piala FA semalam sebagai pemangkin kebangkitan pasukan berstatus kelab itu.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner berharap kemenangan 3-0 terhadap ATM itu dapat menyuntik semangat dan meningkatkan keyakinan pemain untuk mengharungi saingan dalam Liga Perdana musim ini.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi 120 minit selepas terikat tanpa jaringan hingga tamat 90 minit permainan.

Penyerang import Uzbekistan, Farhod Tadjiev, yang kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan sebelum ini, mula menunjukkan kelibat dengan dua jaringan pada minit ke-100 dan 108.

Pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid menambah derita pasukan pelawat kendalian B. Sathianathan dengan rembatan lencong pada minit ke-106.

Steinbruckner berkata, walaupun terpaksa menunggu sehingga 120 minit untuk melakar kemenangan ini namun beliau tetap berbangga dengan persembahan dan komitmen yang telah ditunjukkan barisan anak buahnya.

"Pada separuh masa pertama permainan saya melihat para pemain banyak kehilangan bola kepada pihak lawan tetapi mula menunjukkan peningkatan pada babak kedua," katanya.

Beliau berharap perlawanan akan datang para pemain akan bermain dengan lebih bersemangat dan penuh keyakinan.


Tags / Kata Kunci: T-Team , Tomislav Steinbruckner , Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan