Piala FA: Felda United Fokus Benam Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Prestasi konsisten sepanjang tiga perlawanan Liga Super memberi lebih keyakinan kepada skuad Felda United menjelang perlawanan bertemu Selangor dalam aksi Piala FA, Sabtu ini.

Pengendali The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim mengakui momentum baik skuadnya dalam saingan Liga Super hadir dalam pelbagai faktor.

"Pemain-pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dan memberi fokus dalam setiap perlawanan.

"Saya akui aksi Piala FA sangat berbeza dengan saingan dalam Liga Super kerana ia permainan kalah mati.

"Perlawanan Piala FA ini sangat penting dan saya mahu pemain-pemain mengambil peluang ini untuk mencatat kemenangan, malah kalau boleh tidak mahu bermain sehingga ke masa tambahan.

"Mereka perlu memberi lebih fokus mencari gol," jelasnya ketika dihubungi mStar online, Jumaat.

Irfan Bakti berkata, dia berpuas hati dengan keadaan mental dan fizikal pemain-pemainnya.

"Tidak ada pemain yang mengalami kecederaan dan semuanya berada dalam bersedia bertemu Selangor.

"Walaupun kami kini berada di kedudukan teratas liga, saya tetap ingatkan kepada pemain agar tidak memandang rendah kepada pihak lawan.

"Sepanjang musim ini, Selangor mempamerkan aksi baik berbanding musim lalu, lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa pemain muda yang bijak membuatkan permainan itu 'hidup'.

"Saya berharap pemain-pemain Felda tidak membuka ruang untuk mereka melakukan sesuatu yang tidak dapat dihalang," katanya.

Dalam pada itu, Irfan Bakti turut mendedahkan bahawa gandingan pemain-pemain senior banyak mengubah corak permainan Felda United musim ini.

"Kehadiran pemain yang lebih berpengalaman seperti Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin banyak memberi aksi positif kepada pemain-pemain muda.

"Pengalaman mereka itu dikongsi secara tidak langsung ketika di padang sekaligus mencorakkan aksi yang lebih baik," tambahnya.

Felda United bakal menerima kunjungan Selangor di Stadium MP Selayang pada Sabtu, 8.45 malam.

Sebagai rekod dalam aksi Liga Super musim ini, The Fighters mencatat kemenangan 2-1 ke atas ATM serta menewaskan Sime Darby (3-0) manakala seri 3-3 ke atas Sarawak.

Mereka kini mengetuai kedudukan carta liga dengan mengumpul tujuh mata dalam tiga perlawanan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan