Piala FA: Sathia Yakin ATM Bangkit Bertemu T-Team

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 8:29 PM

Sathianathan (kiri), bersama Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insuran Malaysia Berhad, Rangam Bir (kanan) pada majlis pelancaran Program Allianz Junior Football Camp Khamis. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B.Sathianathan yakin pemain skuad 'The Gladiators' bakal bangkit melakar kemenangan sulung pada pusingan kedua Piala FA menentang T-Team di KualaTerengganu, Sabtu ini.

Pengendali berusia 56 tahun itu mengakui walaupun pasukan ATM berada dalam keadaan tenat selepas ditimpa tiga kekalahan berturut-turut dalam aksi Liga Super, namun ia tidak bermakna mereka akan memberi laluan mudah kepada T-Team.

"Saya yakin kita akan bangkit nanti namun bukan senang menentang T-Team di Kuala Terengganu kerana saya yakin mereka akan memberikan persembahan cemerlang di laman sendiri," katanya.

Sathianathan berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) 2015 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir, di sini, Khamis.

"Saya minta pemain lupakan tiga kekalahan lalu dan fokus aksi menentangT-Team nanti," katanya.

ATM kini menghuni tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam carta Liga Super tanpa sebarang mata selepas tiga perlawanan.

Mereka kalah 0-2, masing-masing kepada Kelantan dan Perak pada 7 dan 14 Feb di Kota Bharu dan Paroi, Negeri Sembilan selain tunduk 1-2 kepada Felda United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 21 Feb lepas. 

Tags / Kata Kunci: ATM , B.Sathianathan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan