Busquets Sambung Kontrak Bersama Barcelona - Bola Sepak | mStar

Busquets Sambung Kontrak Bersama Barcelona

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 9:24 PM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA mengesahkan pemain tengah, Sergio Busquets akan menyambung kontrak baharu bersamanya.

Busquets,26, 'dilahirkan' melalui akademi bola sepak terkenal La Masia sebelum menyertai Catalan dan kini dia diikat sehingga 30 Jun 2019.

Busquets mula membuat penampilan pertama dengan barisan utama pada tahun 2008 dan turut membantu menjulang 16 trofi bersama Barca termasuk empat gelaran La Liga dan dua Liga Juara-Juara.

Pemain ini akan menandatangani kontrak secara rasmi pada Jumaat yang menyaksikan Barca mempunyai peluang untuk mengikatnya sehingga tahun 2020.

Tags / Kata Kunci: Sergio Busquets , Barcelona , La Masia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan