Piala FA:Melaka United Tidak Gentar Hadapi Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka United tidak akan merasa gentar apablia bertemu Terengganu dalam pertemuan pertama Piala FA mereka di gelanggang sendiri Sabtu ini.

Pengurusnya Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata walaupun menyedari Terengganu mempunyai pemain hebat terutama pemain import, namun kelibat mereka tidak akan melemahkan semangat pemainnya.

"Saya harapkan sokongan penonton untuk datang beramai-ramai ke Stadium Hang Jebat," katanya.
 
Namun beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United bersifat realistik dengan tidak meletak harapan menggunung pada perlawanan itu, tetapi mahukan pemainnya bermain berhabis-habisan.

Beliau berkata Melaka United yang dibimbing jurulatih berpengalaman Md Zan Md Aris telah menjalani latihan persediaan dan perlawanan persahabatan pramusim sejak September tahun lepas.

Dalam 16 perlawanan persahabatan itu, Melaka United mencatat enam kemenangan, enam seri dan empat kekalahan.
Tags / Kata Kunci: Melaka United , Terengganu , Piala FA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan