Teong Kim Akui Jurulatih PPBN Perlukan Masa Suaikan Diri

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 3:06 PM

Teong Kim (berkaca mata hitam) bergambar bersama pelatih-pelatih dan jurulatih PPBN di Akademi Tunas Pasir Puteh Khamis lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim mengakui para jurulatih yang terlibat dengan program itu masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pelan yang disediakan.

Teong Kim yang dilantik menerajui PPBN oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun lalu bagaimana pun tidak terlalu memberi tekanan kepada jurulatih-jurulatih terbabit dalam proses melaksanakan pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi.

"Banyak ruang untuk semua jurulatih menambah ilmu kejurulatihan mereka. 

"Buat masa sekarang mereka masih cuba menyesuaikan diri dengan program yang diaturkan dan segalanya berjalan lancar," jelasnya ketika dihubungi mstar Online pada Selasa.

Menurut Teong Kim, sejak PPBN ini dilancarkan tahun lalu, dia telah memulakan penjelajahan ke setiap negeri untuk dalam memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang.

"Terbaharu saya telah melawat ke Akademi Tunas di Pasir Puteh, Kelantan pada Khamis lalu dan gembira dengan sokongan daripada semua pihak

"Sambutan yang menggalakkan dengan pelatih-pelatih muda gembira dengan sesi latihan yang dijalankan.

"Ibu bapa juga turut hadir memberi sokongan, manakala kemudahan asas akademi juga memuaskan," jelasnya.

Teong Kim (enam, kanan) bersama jurulatih-jurulatih serta kakitangan Akademi Tunas Pasir Puteh.

Tidak terhenti di situ, sebaliknya bekas jurulatih kelab remaja dunia, Bayern Munich ini akan terus menjelajah ke setiap negeri dan daerah bagi memastikan PPBN ini terus mencapai objektifnya.

PPBN dilancarkan tahun lalu merupakan Fasa 1 (2014-2020) yang memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang ditetapkan dalam pembangunan di peringkat akar umbi.

Antaranya ialah memperkenalkan DNA bola sepak negara, memperhebatkan penyertaan dan pertandingan untuk pemain dari umur tujuh sehingga 17 tahun, menstruktur semula pentadbiran dan pengurusan program pembanguan, pertingkatan penyelarasan, memperkasakan pembangunan kejurulatihan serta memastikan kemudahan asas mencukupi di semua peringkat.

Selain itu, ketua jurulatih Akademi Tunas Pasir Puteh, Mazeli Ismail mengakui kehadiran pengarah projek PPBN itu menambah menceriakan pelatih akademi dan semua jurulatih.

"Beliau meluangkan masa bersama jurulatih dan pelatih ketika sesi latihan dijalankan," katanya.

Jelas Mazeli, daerah Pasir Puteh diberi mandat menubuhkan akademi tunas awal tahun ini dengan dipimpin seramai enam orang jurulatih termasuk seorang bekas pemain kebangsaan dan negeri Kelantan, Normazli Awang bagi mengendalikan pelatih berumur 7-12 tahun.

"Saya akui program ini sangat berkesan, lebih-lebih lagi kepada pelatih muda di peringkat sekolah rendah.

"Kami lebih terapkan dengan penguasaan bola dan selepas itulah pembelajaran taktikal diberikan. Sebagai jurulatih di akademi ini, kami meletakkan sasaran untuk melihat pelatih-pelatih muda ini layak memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Akademi Bola Sepak Negara Gambang.

"Kami sebagai jurulatih juga akan terus cuba menambah ilmu kejurulatihan dari masa ke semasa kerana tidak mahu ketinggalan dalam arena bola sepak sekarang dikenali sebagai 'bola sepak moden' ," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Lim Teong Kim , PPBN , Akademi Tunas

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan