Piala AFC: JDT Belasah East Bengal 4-1

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala AFC selepas menewaskan pasukan dari India, East Bengal 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam Selasa.

Meskipun turun tanpa dua penyerang import, Jorge Pereira Diaz dan Luciano Figueroa, barisan pemain JDT masih mampu menampilkan corak permainan kemas untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

JDT mendahului perlawanan seawal minit ke-sembilan menerusi tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi di luar kotak penalti.

Skuad bimbingan Bojan Hodak turut memiliki banyak peluang untuk menambah jaringan, namun beberapa percubaan S.Chanturu, Safee Sali dan Mohamad Fadhli Shas sering kali tersasar.

Sebaliknya, East Bengal berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi jaringan Soleye Ranti Martins.

Empat minit kemudian, skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Thailand, Sivakorn Pu-Udom selepas bola terkena tangan pertahanan East Bengal, Milan Susak.

Peluang tersebut tidak dipersiakan apabila kapten pasukan, Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti bagi menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Mondal Abhijit.

Bersambung babak kedua, JDT semakin garang apabila menambah dua lagi jaringan menerusi Chanturu pada minit ke-47 dan Safee minit ke-53.

Chanturu menyumbat masuk gol selepas menerima hantaran Mohamad Fadhli Shas manakala Safee menjaringkan gol menerusi sepakan gunting, hasil hantaran Mohd Nazrin.

Selepas berdepan East Bengal, JDT yang diletakkan dalam Kumpulan F, akan beraksi dalam dua perlawanan di tempat lawan, menentang pasukan dari Singapura, Belestier Khalsa pada 10 Mac dan pasukan dari Hong kong, Kitchee pada 18 Mac.

Tags / Kata Kunci: JDT , AFC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan