Tengku Abdullah Hormat Keputusan TMJ

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 7:23 PM

TMJ meletak jawatan selaku penasihat FAM pada Khamis lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menghormati keputusan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan sebagai penasihat persatuan berkenaan, baru-baru ini.

Tengku Abdullah, bagaimanapun berkata baginda sentiasa terbuka dan sedia menerima nasihat daripada semua pihak termasuk TMJ dalam usaha membangunkan bola sepak negara.

"Saya tidak nafi memang ada kelemahan sedikit sebanyak tapi kita sedang berusaha dan berharap untuk memperbaikinya...dan saya menghargai pandangan Tunku Mahkota (Johor) dan pandangan yang lain. 

"Saya mengalu-alukan dan terima sesiapa sahaja yang hendak memberi pandangan. Bola sepak milik kita semua...bola sepak bukan hak saya," katanya  pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM, di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, Isnin.

TMJ melalui laman Facebook 'Johor Southern Tigers' pada Khamis lepas, mengumumkan untuk meletak jawatan selaku penasihat FAM.

TMJ yang dilantik sebagai penasihat badan induk bola sepak negara itu pada Oktober lepas oleh Tengku Abdullah, bertitah bahawa baginda tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

Sementara itu, Tengku Abdullah berkata bahawa baginda berpuas hati dengan peningkatan kesemua 24 pasukan negeri dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Terdahulu, baginda menerima tajaan sebuah bas oleh Bank Rakyat kepada FAM yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.
Tags / Kata Kunci: Tengku Abdullah , TMJ , FAM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan