Dollah Mungkin Serap Pemain Harimau Muda Hadapi Oman

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 11:34 PM

Dollah Salleh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beberapa pemain Harimau Muda mungkin diserap dalam skuad kebangsaan apabila berdepan Oman pada 26 Mac ini.

Beliau berkata pemain berkenaan kini dinilai berdasarkan prestasi mereka pada saingan Liga Super, untuk beraksi dalam aksi persahabatan itu di Oman.

"Kemungkinan besar beberapa pemain pasukan Harimau Muda akan diserap khususnya di bahagian serangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini Isnin.

Pengendali berusia 51 tahun itu berkata beliau akan menyenarai antara 20 dan 22 pemain untuk perlawanan persahabatan tersebut.

Pada aksi persahabatan 3 September 2010, Malaysia di bawah kendalian Datuk K.Rajagobal kalah 0-3 kepada pasukan Oman di Stadium Al-Wakrah, Qatar.

Berdasarkan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan 12 Februari lepas, pasukan Oman menduduki tangga ke-91 manakala Malaysia berada di kedudukan ke-154.

Tags / Kata Kunci: Oman , Harimau Muda , Dollah Salleh

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan