Van Gaal Kecewa Man United Tidak Mampu Pertahan Penguasaan Bola - Bola Sepak | mStar

Van Gaal Kecewa Man United Tidak Mampu Pertahan Penguasaan Bola

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2015 8:07 AM

Louis Van Gaal.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis Van Gaal menyuarakan rasa kecewanya apabila pasukan itu tidak mampu untuk mempertahankan penguasaan bola dan seterusnya meraih peluang untuk melakukan jaringan apabila tewas di tangan Swansea City dengan 1-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Walaupun Man United mampu mendahului perlawanan selepas meraih jaringan Ander Herrera pada minit ke-28, Swansea dengan pantas menyamakan kedudukan menerusi aksi Ki Sung Yeung pada minit ke-30.

Keseimbangan itu terus bertahan sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.

Pada babak kedua, Man United memiliki banyak penguasaan bola, namun tindakan itu tidak dapat diteruskan untuk meraih sebarang jaringan. Malah Swansea terus mengungguli perlawanan dengan jaringan kedua yang dilakukan oleh Bafetimbi Gomis.

"Saya fikir persembahan terbaik kami ada dalam babak kedua. Kami mampu menciptakan banyak peluang dan mendominasi perlawanan. Tetapi kami tidak mampu membuat jaringan," kata Van Gaal kepada MUTV.

"Itulah bola sepak. Anda harus mampu meraih gol dari setiap kemungkinan yang anda mampu buat. Kami memiliki banyak peluang, terutama pada babak kedua namun mereka (Swansea) yang akhir mendapat gol dan keadaan ini menjadikan segalanya sukar," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Louis Van Gaal
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan