ATM, JDT Pasukan Terkuat - Alberts

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jurulatih dari Belanda, Robert Alberts berpendapat Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dan Johor Darul Takzim (JDT) merupakan dua pasukan terkuat dalam Liga Super Malaysia musim ini.

“ATM sepatutnya mempamerkan prestasi lebih baik dalam liga selain JDT kerana mereka mempunyai pemain asing yang baik termasuk pemain Piala Dunia (JerryNelson Palacious Suazo dari Honduras) dan beberapa pemain tempatan yang bagus," kata jurulatih Sarawak itu semasa ditanya pasukan mana yang kuat dalam liga.

ATM turut diperkuat dengan khidmat dua pemain Nigeria, Obinna Nwaneri dan Abdulafees Abdul Salam. 

Malah jurulatih pasukan itu, B.Sathianathan berkata beliau mempunyai pasukan lebih baik musim ini namun tertanya-tanya kenapa mereka tidak mampu menang dalam dua perlawanan awal.

ATM kalah 0-2 masing-masing kepada Kelantan dan Perak. 

Menurut Alberts, terdapat juga pasukan kuat dalam Liga Perdana kerana mereka mempunyai bajet lebih besar untuk membeli pemain asing yang bagus dan membayar pemain tempatan dengan gaji lebih menarik.

Beliau berkata terdapat pemain dalam pasukan Liga Perdana dibayar gaji lebih tinggi daripada sesetengah pemain tempatan dalam pasukannya. 

Tags / Kata Kunci: Robert Alberts , Sarawak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan