Liga Perdana: JDT II Terus Unggul

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 12:43 AM

Pemain JDT II, Shaharil Ishak menanduk bola dan sekaligus berjaya menewaskan penjaga gol Pahang Kuantan FA, Judtanna Eh Put (kanan) untuk gol yang kedua pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Jumaat malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengekalkan kedudukan tangga teratas Liga Perdana selepas menang selesa 5-2 ke atas wakil Pahang, Kuantan FA 5-2 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Johor Baharu, pada Jumaat malam.

Lima gol skuad 'Harimau Selatan' dijaringkan oleh Shafiq Shaharudin pada minit ke-30 dan 59'; kapten pasukan, Shahril Ishak (36' dan 56') dan Leandro Velazquez pada minit ke-74.

Dua gol Kuantan FA disumbang oleh pemain import dari Montenegro, Milan Purovic pada minit ke-33 dan Razreen Jesni pada minit ke-78.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan tanga kedua liga selepas seri 1-1 dengan pasukan tercorot liga, SPA Putrajaya FC.

Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi pemain import dari Liberia, Forkey Doe seawal minit ke-21 sebelum Nik Azlam Nik Januaha menyamakan kedudukan untuk pasukan SPA Putrajaya FC pada minit ke-81.

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, pasukan tuan rumah Pulau Pinang naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga liga selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan PKNS FC, hasil sepakan penalti pemain import, Beto Goncalves pada minit ke-44.

Di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak, Fakrul Aiman menjaringkan gol pada minit ke-23 untuk membantu pasukan bawahan liga, DRB Hicom FC mengalahkan Kuala Lumpur 1-0.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan UiTM FC melakar kejutan selepas mengalahkan Sabah 2-1.

Pasukan tuan rumah bermula garang menerusi jaringan Raslam Khan pada minit ke-22 sebelum beliau menggandakan jaringan pada minit ke-42.

Sabah berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi pemain import dari Senegal, El Hadji Diouf pada penghujung babak pertama perlawanan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan Kedah dan T-Team pula terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat seri tanpa jaringan.

Aksi Liga Perdana akan bersambung semula pada 6 Mac ini bagi memberi laluan pusingan pertama Piala FA yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Februari ini.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan