Gambar Jersi Man United Tajaan Adidas Mula Disebar

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED didedahkan bakal memperbaharui kit mereka apabila menikmati tajaan termahal di dunia daripada pengeluar barangan sukan Adidas.

Berikutan perjanjian bernilai £750 juta yang bakal dipersetujui akhir musim ini, khabar angin berhubung rekaan kit baharu United mula disebarkan oleh peminat tegar.

Turut disebarkan rekaan jersi baharu tajaan Adidas yang tertera jenama Chevrolet di bahagian tengah.

Tidak ketinggalan, tiga garisan di lengan jersi serta jenama Adidas di bahagian kanan dada.

Usaha mendedahkan jersi baharu itu bermula selepas United menyatakan pasukan berkenaan bakal mendapat tajaan termahal daripada Adidas pada tahun lalu.

Perjanjian selama 10 tahun itu menyaksikan United bakal mengakhiri tajaan bernilai £28 juta setahun daripada Nike.

Tajaan daripada Nike akan berakhir beberapa bulan lagi.




Tags / Kata Kunci: Manchester United , Adidas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan