Liga Super: TRW Perlu Awasi Penyerang PDRM

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan perlu mengawasi barisan pemain import Polis DiRaja Malaysia (PDRM) apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu malam.

Pengurus Kelantan Azman Ibrahim berkata dua pemain import PDRM iaitu Ali Ashfaq dan Mohamadou Sumareh perlu dikawal rapi sekiranya The Reds Warriors (TRW) mahu terus mengekalkan rentak kemenangan.

"Dua pemain ini perlu diawasi dengan baik dan kita tidak boleh melakukan kesilapan sehingga mereka boleh menghasilkan jaringan, pemain perlu fokus dalam perlawanan tersebut.

"Pemain jangan merasa selesa meskipun telah mencatat dua kemenangan berturut-turut kerana mereka perlu memberi perhatian serius pada perlawanan ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata kejayaan PDRM menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu lepas merupakan kejutan dalam liga.

"PDRM boleh menjadi pencabar dalam senyap walaupun media tidak fokus kepada PDRM tetapi mana-mana pasukan yang berjaya menewaskan JDT adalah satu pasukan yang perlu kita awasi," katanya.

Azman berkata beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan tiga pemain import Kelantan iaitu Erwin Carrillo dari Colombia, Isaac Pupo (Liberia) dan Jonathan McKain (Australia).

"Kombinasi di antara pemain saya nampak semakin baik, namun kita masih belum diuji sepenuhnya dan saya pasti banyak pasukan akan cuba mengatasi kita bila-bila masa.

"Saya juga pasti PDRM akan mengkaji corak permainan kita selepas dua perlawanan dan mereka akan cuba sedaya upaya untuk sekurang-kurangnya membawa satu mata. Bagaimanapun kita (Kelantan) mahukan tiga mata pada perlawanan ini," katanya.

Beliau berkata kemenangan di awal musim amat diperlukan bagi mengekalkan momentum pasukan untuk terus menggapai kejuaraan.

"Memang kemenangan diperlukan untuk mengekalkan momentum, namun pemain tidak boleh merasa selesa, kita perlu sentiasa membaiki kesilapan untuk menjadi lebih mantap," katanya.

Kelantan kini berada di kedudukan pertama dengan mengumpul enam mata dalam Liga Super selepas mencatatkan kemenangan 2-0 masing-masing ke atas pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Lions XII. 

Tags / Kata Kunci: TRW , Kelantan , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan