Liga Juara-Juara: Ronaldo Bantu Real Madrid Tewaskan Schalke

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 9:08 AM

Cristiano Ronaldo

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo akhirnya menjaringkan gol pertamanya dalam empat perlawanan bagi membantu pasukannya menang 2-0 menewaskan Schalke, dalam perlawanan pertama, peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Bintang Portugis itu sejak kebelakangan ini telah mendapat perhatian selepas gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sebaik sahaja meraih Anugerah Ballon d'Or FIFA 2014.

Tetapi, seperti biasa, pemain berusia 30 tahun itu memilih untuk mendiamkan diri terhadap keraguan yang timbul terhadap dirinya dan ternyata hanya dia sendiri tahu cara untuk memperbaiki prestasi apabila menghadiahkan gol pembukaan pada minit ke-26.

Gol tersebut sekali gus menjadi gol ke-58 dalam 58 penampilannya untuk perlawanan Liga Juara-Juara sepanjang bermain dengan 'Los Blancos'.

Pada babak kedua, rakan sepasukan, Marcelo mengesahkan kemenangan untuk Real Madrid apabila menyumbangkan gol pada minit ke-79.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan