KAFA Bayar Gaji Pemain Tepat Pada Masa - Annuar Musa

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak pernah mempunyai sebarang tunggakan gaji dengan mana-mana pemain termasuk pemain import, kata presidennya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata gaji semua pemain skuad The Red Warriors dibayar tepat mengikut masa. "...yang mungkin ada ialah wang penamatan kontrak yang mana saya tidak boleh komen kerana itu tahun lepas dan mungkin ada, sewaktu saya dalam penggantungan," kata beliau dalam catatan di laman Facebooknya, Rabu.

Kenyataan di Facebook Annuar itu, dipercayai bagi membalas kenyataan bekas pemain import Kelantan dari Nigeria, Obinna Nwaneri baru-baru ini yang mendakwa KAFA mempunyai tunggakan gaji dianggarkan berjumlah RM270,000 akibat penamatan kontraknya lebih awal daripada tempoh sebenar.

Pemain itu yang kini beraksi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ditemubual sebuah televisyen swasta, turut dilaporkan tidak teragak-agak untuk membawa kes berkenaan ke pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya KAFA gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Untuk rekod, Obinna beraksi bersama Kelantan dari 2012 hingga 2014.

Annuar sebelum ini, digantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAMselepas didapati bersalah membuat kenyataan akhbar bersifat negatif mengenai skuad bola sepak negara, yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014, yang kemudiannya dimansuhkan oleh FAM. 

Tags / Kata Kunci: KAFA , Annuar Musa , Obinna Nwaneri

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan