Piala FA Inggeris: Menang 3-1 Ke Atas Preston, United Tunggu Arsenal Di Old Trafford

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 7:35 AM

Rooney menjaringkan gol ketiga buat United.

(Ubah saiz teks)

PUSINGAN kelima perlawanan Piala FA Inggeris menyaksikan Manchester United mara suku akhir selepas menang 3-1 ke atas Preston North End pada aksi awal pagi Selasa.

Bagaimana pun pada aksi perlawanan penuh dramatik itu, kedua-dua pasukan gagal mencari gol pada babak pertama permainan.

Aksi di Deepdale ini memnbuatkan skuad kendalian Louis van Gaal sedikit goyang selepas tuan rumah membuka jaringan awal pada minit ke-47 melalui Scott Laird.

Tersentak dengan jaringan skuad bimbingan Simon Grayson itu, pemain-pemain United bangkit menemui rentak dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit melalui Ander Herrera (65') dan Maroune Fellaini pada minit ke-72.

Tidak cukup dengan dua jaringan itu, kapten Wayne Rooney mengukuhkan kedudukan pada minit ke-88 dengan menyempurnakan sepakan penalti.

Sebagai rekod, sebanyak lapan kali kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi Piala FA dengan menyaksikan United mencatat lima kemenangan manakala tiga kali buat Preston.

Malah ini merupakan pertemuan pertama United selepas menang 2-0 di Deepdale dalam pusingan keempat pada Februari 1972.

Fellaini dipilih sebagai 'Man Of the match' selepas Van Gaal meletaknya di bahagian serangan pada babak kedua sekaligus menampilkan corak permainan yang berbeza berbanding separuh masa pertama.

Dalam pada itu, United bakal menerima kunjungan Arsenal yang menewaskan Middlesbrough dalam saingan sama pada Isnin selepas undian suku akhir dibuat sebelum sepak mula berlangsung pagi tadi.

SENARAI PEMAIN

Preston: Stuckmann, Clarke, Huntington, Wright, Laird, Humphrey, Welsh, Kilkenny, Gallagher 7, K. Davies, Garner.(simpanan) Wiseman, Reid, Robinson 

Manchester United: De Gea, Valencia, Smalling, Rojo, Shaw, Blind, Herrera, Rooney, Fellaini 7, Di Maria, Falcao. (simpanan) Young.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan