Harimau Muda Kalah 0-1 Kepada Skuad B-23 Indonesia Pada Aksi Persahabatan

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 11:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara tumpas  0-1 kepada skuad B-23 Indonesia pada aksi persahabatan di Stadium Gelora Delta Sidoarjo di Surabaya, Indonesia Selasa.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Paulo Oktavianus Sitanggang pada minit ke-36 pada aksi yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Indonesia, RCTI.

Perlawanan persahabatan tersebut adalah sebagai persiapan ketua jurulatih pasukan itu, Razip Ismail bagi menghadapi Liga Singapura 2015 awal bulan depan, selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2016 di Stadium Shah Alam dari 27 hingga 31 Mac ini.

Pada kejohanan Piala AFC itu, Malaysia diundi dalam kumpulan I bersama-sama Jepun, Vietnam dan Macau.
Skuad negara membuka kempen menentang Vietnam pada 27 Mac, Macau (29 Mac) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Jepun, dua hari kemudian.

Sebanyak 43 pasukan dari benua Asia bersaing pada pusingan kelayakan itu bagi merebut 15 slot ke pusingan akhir kejohanan yang bakal diadakan di Qatar pada Januari 2016.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan