Liga Super: Kelantan Kutip Tiga Mata Penuh Benam Lions XII

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 12:20 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan mengutip tiga mata penuh apabila menumpaskan Lions XII 2-0 pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Ahad malam.

Kelantan menunjukkan taring seawal minit keenam perlawanan apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain import dari Australia, Jonathan McKain, hasil sepakan sudut Mohd Fitri Omar.

Keadaan stadium yang hambar kembali bergemuruh dengan sorakan apabila skuad kendalian George Boateng menambah gol kedua pada minit ke-42 perlawanan hasil sepakan percuma kapten pasukan Mohd Badhri Radzi dari luar kotak penalti.

Tiga minit kemudian, pasukan pelawat cuba merapatkan jurang menerusi sepakan percuma Zulfahmi Arifin, bagaimanpun sepakannya tersasar dan melepasi palang gol.

Bersambung di babak kedua perlawanan, tiada sebarang jaringan dihasilkan walaupun kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali arus ke kubu pertahanan lawan.

Kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang apabila beberapa percubaan yang dilakukan sering tersasar dan tidak membutirkan sebarang gol.

Terdahulu, kira-kira 20,000 penonton di stadium turut bertafakur selama seminit dan membacakan surah al-Fatihah sebelum sepak mula bagi menghormati pemergian Mursyidul Am PAS dan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang, Khamis lepas.

Selain itu, sebanyak tujuh 'wira banjir' dari Manek Urai turut menerima hadiah berupa pas bola bermusim selama setahun, jersi dan mafla 'The Red Warriors' serta barangan elektrik daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sebagai penghargaan di atas tugas menyelamat mangsa banjir ketika bencana itu melanda negeri ini, Disimber lepas.

Kelantan akan melayan kunjungan pendatang baharu Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sendiri pada 21 Februari ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan