Piala FA Inggeris: Giroud Bantu Arsenal Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL mara ke suku akhir Piala FA Inggeris selepas Oliver Giroud meledak dua gol pada aksi menewaskan Middlesbrough 2-0 di Stadium Emirates awal pagi Isnin.

The Gunners menguasai permainan sejak wisel permulaan dibunyikan.
|
Giroud membuka jaringan seawal minir ke-27 permainan selepas mendapat hantaran sempurna daripada Santi Cazorla dan Kiran Gibbs.

Dua minit kemudian, pemain antarabangsa Perancis ini meletakkan Arsenal di depan apabila menyempurkan  jaringan menarik dengan melakukan lipasan berdekatan dengan gol lawan.

Sementara itu, penyerang Jerman Mesut Ozil mencatat tujuh kali percubaan ke arah gol yang menyaksikan rekod terbanyak berbanding pemain-pemain lain untuk aksi Piala FA minggu ini.

Kemenangan ini juga menjadi saksi Arsenal mara ke suku akhir sebanyak 11 kali di bawah pengurusan Arsene Wenger. 

Malah mereka berjaya mara ke final sebanyak sembilan kali daripada 10 aksi sebelum ini.

Giroud kini mencatat tujuh gol dan empat kali sebagai pembantu dalam sebelas kali aksi Piala FA.

Senarai pemain:

Arsenal: Szczesny, Gibbs, Gabriel, Koscielny, Chambers, Cazorla, Flamini, Sanchez , Ozil , Welbeck, Giroud. (simpanan): Walcott , Rosicky , Akpom. "

Middlesbrough: Mejias, Fredericks, Omeruo, Gibson , Friend, Clayton, Leadbitter, Adomah, Tomlin, Bamford, Kike. (simpanan): Reach, Vossen. 

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan