Rooney 'Enjin' Man United - Van Gaal - Bola Sepak | mStar

Rooney 'Enjin' Man United - Van Gaal

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 10:16 AM

Wayne Rooney
(Ubah saiz teks)

WALAUPUN Manchester United memilik barisan pemain tengah dari luar England yang bernilai £160 juta, namun Louis van Gaal tetap memerlukan Wayne Rooney untuk mengetuai bahagian tersebut.

Pengendali United dari Belanda itu mengakui bahawa Rooney merupakan penyerang hebat, namun lebih memerlukan khidmat pemain England itu dibahagian tengah.

Van Gaal berkata demikian bagi mengulas komen jurulatih England, Roy Hodgson yang menyifatkan Rooney sebagai penyerang nombor satu negara tersebut.

Bekas Jurulatih Barcelona itu juga mengakui telah meminta Rooney menjadi 'enjin' untuk menggerakkan bahagian tengah United dalam setiap perlawanan.

United telah mengeluarkan belanja sebanyak £158 juta bagi mendapatkan Angel di Maria, Juan Mata, Marouane Fellaini, Ander Herrera dan Daley Blind sejak dua tahun lalu.

Selain pemain tengah, Rooney turut dijauhkan dari gawang lawan apabila diberikan tugas sebagai pemain tengah pertahanan dalam perlawanan menentang Burley baru-baru ini.


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Louis van Gaal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan