Liga Super: Alberts Bela Anak Didik

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts membela empat pemain import pasukan itu daripada serangan pengkritik dan berkata beliau gembira serta berpuas hati dengan prestasi mereka dalam dua perlawanan Liga Super musim ini.

Sarawak seri 3-3 dengan Felda United dalam perlawanan pembukaan dan mengalahkan Terengganu 3-1 di Stadium Negeri pada Sabtu malam.

Alberts berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik beliau sebagai berkata empat pemain import pasukan itu tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

"Saya tidak pernah bercakap dengan pemberita yang menulis berita itu," katanya dan menjelaskan bahawa beliau telah menulis kepada pihak pengurusan akhbar itu untuk mengadu tentang tindakan tidak profesional pemberita berkenaan.

Jurulatih kelahiran Belanda ini berkata pemain import dalam pasukan Sarawak mempamerkan kerjasama berpasukan yang baik dengan pemain tempatan seperti yang terbukti dalam dua perlawanan tersebut.

Sementara itu, mengulas tentang kenyataan buruk yang dilemparkan terhadapnya, penyerang dari Australia Ryan Griffiths berkata ia (kritikan itu) sesuatu yang tidak sedap untuk dibaca dan kenyataan itu tidak benar serta tidak berlaku adil kepada mereka dan Alberts.

"Tapi, sebagai pemain profesional, kami sudah biasa dengan perkara begini.

"Apabila kami sudah puas berusaha, tetapi masih tidak dapat menjaringkan gol, penyokong perlu memahaminya," kata kapten pasukan Sarawak itu.

Walaupun mengaku pasukan Sarawak musim ini tidak sekuat pasukan pada tahun lepas, tetapi Alberts berkata beliau gembira kerana semangat berpasukan dan keharmonian dalam kalangan anak buahnya berada pada tahap paling tinggi.

"Kami bermain dengan baik pada 15 minit pertama serta memanfaatkan peluang yang ada untuk menjaringkan dua gol awal dan kemenangan yang dicapai di hadapan penyokong kami, sangat bermakna kerana kami dapat memenuhi harapan (untuk menang)," katanya selepas perlawanan malam tadi.

"Kami mara dan mengatur serangan serta memperoleh dua gol cantik. Kami bermula dengan baik pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua," katanya.

Menuurt Alberts, Terengganu mempamerkan permainan lebih baik dan menguasai perlawanan pada separuh masa kedua, tetapi tidak memanfaatkan beberapa peluang yang cukup baik untuk mendapatkan gol.

Billy Mehmet menjaringkan gol pertama pada minit ketiga, manakala bekas penyerang kebangsaan Ashri Chuchu mendapatkan gol kedua pada minit kelima.

Terengganu merapatkan jurang jaringan pada minit ke-14 melalui Paulo Rangel, sebelum Joseph Kalang Tie menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-39 untuk menjadikan kedudukan 3-1.

"Kami memanfaatkan peluang yang hadir pada awal perlawanan dan inilah yang membolehkan kami mengalahkan Terengganu, manakala satu sebab lagi ialah pasukan kami terus berjuang dan berganding bahu, walaupun dua pemain kami - penjaga gol Mohd Iqbal Suhimi dan Mohd Shahrol Saperi - mengalami kecederaan," katanya.

Alberts, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keadaan padang di Stadium Negeri, yang disifatkannya sebagai "teruk".

Beliau berpendapat ia tiada kena mengena dengan cuaca buruk, cuma pekerja stadium tidak menjaganya dengan baik.

Tags / Kata Kunci: Sarawak , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan